Teknologi AI perlu jadi agenda utama pacu ekonomi negara

Published 06 January 2021 by Dr. Muhammad Akmal Remli

Artikel ini telah diterbitkan oleh Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Berita Harian.

Teknologi kepintaran buatan (AI) sedang pesat membangun dan tahun ini dijangka lebih banyak sektor industri terus bersaing meningkatkan keupayaan teknologi bagi memacu aktiviti sosial serta ekonomi.

Pemulihan pandemik global COVID-19 juga antara faktor mempercepatkan lagi pertumbuhan AI seluruh dunia dengan pelbagai bidang pekerjaan dan ekonomi menerima manfaat daripada kebolehan teknologi ini.

Teknologi AI antara cabang ilmu sains komputer yang membolehkan sistem komputer seperti robotik, komputer, telefon, aplikasi atas talian serta alat elektronik menguasai tugasan memerlukan keupayaan manusia seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara lebih cekap.

AI sememangnya terbukti membawa manfaat besar pada kehidupan manusia. Dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedari banyak elemen AI terutama yang ada dalam telefon pintar berjaya dihasilkan.

Ini termasuk keupayaan mengenal pasti seseorang pada fungsi kamera, cadangan automatik dalam e-mel, dan dalam barang pembelian di talian melalui platform jualan dalam talian dan pelbagai lagi.

Di dalam perkembangan teknologi, teknologi AI membawa banyak manfaat baharu kepada sektor swasta seperti penawaran iklan secara khusus dalam permainan video, komunikasi, penyiaran dan banyak lagi. AI juga kini turut diguna pakai dalam pembangunan perisian yang berupaya mentafsir individu yang sedang menulis kod melalui sistem auto-complete, data analitik, dan pemprosesan bahasa.

Bagaimanapun, cabaran utama dalam membangunkan sistem AI adalah pengurusan data berskala besar secara cekap dan terancang. Ini kerana proses AI yang dilatih dengan data berskala besar perlu melalui tahap eksperimen data besar terlebih dahulu bagi mendapatkan hasil yang baik.

Apakah perbezaan antara sistem aplikasi ternama AI dan sistem konvensional?

Bagi yang masih baharu dan ingin mendalami lebih lanjut ilmu AI, cara paling mudah adalah dengan mengambil kursus di internet atau melalui kelas yang ditawarkan pelbagai pihak.

Antara elemen paling penting ialah kebolehan AI menganalisis data besar atau terkenal dengan istilah teknologi AI berasaskan data sedia ada. Teknologi Data Bay membawa maksud data yang memiliki keberkesanan untuk membantu membina penyelesaian dalam pelbagai isu.

Contohnya, untuk membangun sistem penyelesaian tertentu seperti analisis kesihatan, teknologi pengkomputeran visual memerlukan kestabilan data tertentu bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan.

AI juga terbukti mampu menyelesaikan isu berkaitan kebolehcapaian dan kualiti data.

Antara isu yang wujud termasuk cabaran mencipta sesuatu yang relevan dan sesuai untuk masalah tertentu supaya dapat meningkatkan prestasi atau kualiti sesebuah perkhidmatan.

Penggunaan data mencukupi juga penting dalam pelbagai sektor lain seperti kesihatan. Contohnya, dalam sektor perubatan, teknologi pengkomputeran visual menganalisis imej radiologi tertentu berguna untuk menyokong sistem penyelesaian diagnosis kepada pakar perubatan.

AI juga dilihat mampu membantu menyelesaikan isu besar lain seperti sistem pengangkutan awam. Ini termasuk keupayaan teknologi AI mencipta sistem lebih efisien dan cekap untuk tugasan berkaitan seperti keselamatan jalan raya.

Untuk jangka panjang, perlu terlebih dahulu mengoptimumkan fungsi teknologi AI di sektor ekonomi dan sosial.

Pada 2021 dan pasca COVID-19, sudah tentu pelbagai masalah boleh diatasi dengan bantuan AI dan penyelidik seharusnya mengambil peluang ini untuk membantu membina semula negara dalam pelbagai sektor menggunakan kepakaran mereka dalam bidang AI.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *